Adik tertuduh yang mewakili abangnya yang tidak mahu interframe - ihsan BERLADA
LAHAD DATU, 22 Jun - Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jay (bukan nama sebenar) nyaris-nyaris membunuh beberapa ekor anjing yang sedang berkeliaran di City Driving Range Lahad Datu. Kejadian hampir berdarah ini dipercayai berpunca daripada tahap keyakinan yang tinggi lelaki terbabit menghayun kayu golf kepunyaan bapanya sehingga patah di bahagian pangkal kepala kayu golf tersebut. Menurut keterangan saksi yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu bahawa, kejadian itu berlaku dengan pantas dan Jay melakukannya dengan penuh over confident semasa membuat hayunan. Hasilnya, bola yang dipukul terbang tanpa segan silu diikuti dengan kepala kayu golf tu sekali terbang. Jay dikatakan bernasib baik kerana tidak menyebabkan sebarang kematian dalam kejadian tersebut. Namun begitu muka bapa tertuduh kelihatan masam dan menampakkan air muka kecewa kerana kayu golfnya telah rosak oleh anaknya sendiri, manakala tertuduh pula tersipu-sipu malu dengan tindakannya yang over confident itu. Bapa tertuduh kelihatan buat-buat tenang dan berkata 'nda apa bah, boleh repair juga tu'. Usaha mencari kepala kayu golf yang menjadi mangsa Jay telah dibuat namun menemui jalan buntu. Menurut jurucakap polis, pihak mereka tidak diberitahu tentang kejadian tersebut, dan menambah seandainya diberitahu sekalipun mereka tidak akan melakukan siasatan kerana kesalahan yang dibuat oleh tertuduh tidak ada di dalam mana-mana akta perundangan negara Malaysia. - sumber BERLADA
p/s - BERITA LAHAD DATU (BERLADA)
Kesian c bos, gara2 aku golf club dia rosak... Nda pa yah, akan ku hadiahkan ko 1 golf set baru nanti... sabar2 menunggu... hehehe Happy Daddy Day...
p/s - BERITA LAHAD DATU (BERLADA)
Kesian c bos, gara2 aku golf club dia rosak... Nda pa yah, akan ku hadiahkan ko 1 golf set baru nanti... sabar2 menunggu... hehehe Happy Daddy Day...
No comments:
Post a Comment
Comment in tune please~