Wednesday, April 18, 2012

Mari Berangan Sebelum membeli Barangan…

 

 

Ibanez FRM100tr

Ibanez Fireman FRM100tr

stubby

Dunlop Stubby Guitar Pick

 

Fender Frontman 25r

Fender Frontman 25R

 

Digitech Hot Rod Distortion and bad monkey overdrive

Digitech Hot Rod Rock Distortion & Digitech Bad Monkey Tube Overdrive

 

mxr phaser 90 tc electronic corona chorus boss compressor sustainer cs3

MXR Phase 90, tc electronic Corona Chorus & BOSS Compression Sustainer CS-3

 

MemoryMan electro harmonix delay ibanez AF2 paulgilbert

Electro-Harmonix Deluxe Memory Man & Ibanez Airplane Flanger AF2

 

Dunlop Cry Baby Wah Pedal

Dunlop Cry Baby Wah Pedal

 

MKS power pad

MKS Power PAD 2 Pedal Pad

Thursday, March 15, 2012

Bila Kalah, Siapa Salah? Coachkah? Atau Pemainkah?




   VS    



Pukul 7.00 malam semalam telah berlangsung perlawanan terakhir bolasepak Kelayakan Olimpik 2012 London  bagi pasukan Malaysia yang cuba untuk sekurang-kurang mengikat Syria sekaligus mendapatkan 1 mata di King Abdullah International Stadium, Jordan sebagai penyelamat maruah negara akibat kekalahan 5 kali berturut-turut sepanjang kempen kelayakan tersebut. Namun apa yang diharapkan tidak tercapai apabila pasukan Syria berjaya meledakkan 3 gol tanpa balas. Sebagai penyokong skuad Harimau Muda, ramai yang agak kecewa dengan keputusan tersebut. Hakikatnya pasukan kita belum mantap untuk memberi saingan kepada pasukan seperti Syria.

Kekalahan Harimau Muda sebenarnya memang dalam jangkaan, apatah lagi bermain di tempat lawan. Tekanan membawa harapan rakyat Malaysia itu bertambah apabila pada minit ke 54, Mohd Fadhli Mohd Shas dilayangkan kad merah akibat mengasari pemain Syria. Ramai yang mengkritik percaturan Ong Kim Swee yang menyebabkan kekalahan pasukan Malaysia, tidak kurang juga ada di kalangan penyokong yang mahu Ong Kim Swee dipecat.

Secara peribadi, saya tidak bersetuju sekiranya Ong Kim Swee dipersalahkan kerana beliau bukan pemain yang berada di atas padang untuk menterjemah percaturan yang telah diatur. Dalam sebuah pasukan ada 11 orang pemain yang bertanggungjawab menjadikan strategi yang diatur direalisasikan. Persoalannya, berapa peratuskah kebarangkalian untuk pemain dapat melaksanakan percaturan yang telah diatur oleh jurulatih? Adakah percaturan tersebut mudah diterjemah di atas padang? Perlu diingat, tidak semua perancangan menjadi kerana pihak lawan juga mempunyai taktik mereka sendiri untuk mengalahkan lawan sekaligus merencat keberkesanan strategi yang telah diatur oleh jurulatih. Oleh itu, skil individu dan kebolehan pemain amat diperlukan untuk sekurang-kurangnya menyeimbangkan perlawanan sebelum jurulatih menukar strategi baru setelah mengenalpasti kelemahan formasi yang digunakan.

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah, strategi dan percaturan jurulatih sebenarnya baik untuk pasukan dan percaturan itu hanya dapat diterjemah oleh pemain-pemain yang berkebolehan selain mempunyai sistem pengurusan dan fasiliti yang lengkap. Hanya pendapat...

p/s Orang dalam urustadbir FAM kena tukar-tukar juga, supaya wujud dasar yang pelbagai. Kalau tidak, macam tu la team Malaysia kita hehe... Malaysia boleh ja la sampai bila-bila.