Monday, January 31, 2011

Malaysia Super League (MSL)


Semalam bersamaan 29hb Januari 2011, pada pukul lebih kurang 9.00 malam bertempat di rumah bujang aku, aku tengok TV1 yang mana pada waktu itu TV1 menyiarkan siaran langsung pembukaan Liga Super Malaysia. Pembukaan Liga Super ni biasanya bermula dengan perebutan Piala Sumbangsih iaitu 'Charity Shield' la kalau di Barclay Premier League iaitu perlawanan di antara pasukan Selangor menentang pasukan Kelantan.

Okay, aku bukan la penyokong kedua-dua pasukan ni pasal aku ni orang Sabah maka secara automatik dan kiraan matematiknya aku ialah penyokong pasukan Sabah... (Sabah Tanah Air ku~~ Negeri Kita Yang Tercinta~~ ... sempat lagi nyanyi). Apa yang menarik perhatian aku ialah jersi untuk team-team yang beraksi dalam Liga Super ni. Jersi diorang suda upgrade jo! Kalau kita tengok Liga Malaysia dulu, aku ingat lagi dulu time awal 90-an penaja Liga Perdana ialah DUNHILL hahaha! kemudian selepas kerajaan Malaysia tidak membenarkan jenama rokok untuk menjadi penaja mana-mana acara sukan yang dianjurkan di Malaysia, TM pula mengambil alih menaja siaran langsung perlawanan-perlawanan Liga Super ni.

Tapi sebentar tadi aku teruja menengok jersi pasukan Selangor dan Kelantan. Kenapa? Pasal jersi diorang nda pakai lagi TM di bahagian dada jersi tapi diorang suda tukar label di dada jersi dengan nama-nama penaja utama pasukan. Terus aku rasa macam menengok BPL ni. Baru la semangat mau tengok. Efektif juga pendekatan baru FAM ni.

Dari situ aku pun mengharap mudah-mudahan perubahan ini akan menjadi turning point untuk semua pasukan bolasepak di Malaysia ni untuk menaikkan lagi taraf mutu permainan bolasepak kita yang hambar sebelum ni kerana liga kita suda ada identiti sendiri. Jadi, biar la identiti yang tersendiri itu diiringi dengan mutu permainan yang hebat dan tersendiri jugak. Secara peribadi aku tidak merasakan kemenangan di Piala AFF Suzuki tu sesuatu yang perlu terus dibanggakan kerana di zaman Mokhtar Dahari dulu, pasukan Malaysia pernah melakukan sesuatu yang lebih hebat dari itu. Mungkin juga team dulu hebat sebab mutu dan taraf permainan kita sama atau pun kurang sikit dengan team-team di Eropah pada waktu itu. Tapi mutu permainan di Eropah semakin meningkat dan meningkat tapi team kita masih lagi dengan style lama ataupun dengan prestasi statik yang membuatkan kita tertinggal jauh di belakang. 

Itu pendapat aku seja la, betul tidak betul tu rasanya orang-orang yang lebih arif dalam bidang ini lebih tau kan. Tapi tidak dapat dinafikan kemenangan kita di Piala AFF Suzuki tu sedikit memberi kesan kepada pemain-pemain kita meningkatkan lagi mutu permainan mereka which is good for our team la, sebab based on apa yang aku tengok di TV tadi, boleh tahan jugak gerakan-gerakan yang diatur oleh pemain kedua-dua pasukan (serius aku ndak pernah puji team-team di Liga Malaysia ni, malar jak panas dan cakap "apa la ko Polan, ayam pun pandai tendang tu bola, bagus aku ganti ko sana la!"). Hehehe tau cakap jak, pigi ko turun sana padang kenen... Harap-harap nanti dapat la kita tengok kelibat pemain-pemain import kan.

Majulah Bolasepak Untuk Negara

p/s Bila la Malaysia jadi Juara Piala Asia? Bila la Malaysia layak Piala Dunia?

No comments:

Post a Comment

Comment in tune please~