Monday, January 24, 2011

Upin Dan Ipin





Ok, terus terang cakap aku suka siri animasi Upin dan Ipin, sebuah animasi buatan Malaysia daripada company animasi baru iaitu Les Copaque. Pagi-pagi lagi aku buka radio Hot.FM, krew pagi diorang Farah Fauzana dan Faizal Ismail putar pulak lagu Kumpulan Padi dari Indonesia yang berjudul Sahabat Selamanya yang di'compose' khas untuk siri animasi Upin dan Ipin tu. Lirik lagu ini aku suka dan ia berbunyi begini:



Dua tiga kapal berlayar di Samudera,
Ayuh sahabatku kita bergembira,
Bermain bernyanyi bersama,
menikmati indahnya dunia.

Kerna~
Sahabat untuk selamanya,
Bersama untuk selamanya,
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya~ Setia~

Berakit-rakit kita ke hulu,
Berenang-renang kita ke tepian,
Kita berbeda,
Untuk saling mengisi segala kekurangan kita,

Menjadi~
Sahabat untuk selamanya,
Atasi semua perbedaan,
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya, selama-lamanya~
Setia~

Tak ada bukit yang terlalu tinggi,
Untuk kita daki bersama,
Dan tak ada laut yang terlalu dalam,
Untuk di se la mi~~

Kenapa aku kasi bold some part of the lyric? Aku punya suka la haha!! Aku suka ayat dia. Kita berbeda untuk saling mengisi segala kekurangan kita. Well, hidup sangat boring bila semua sama, tu la sebab kita berbeza.

Pada pendapat aku, perbezaan ini la yang menguatkan lagi hubungan. Tidak lengkap hubungan sahabat tanpa ada gembira bersama, kongsi bersama dan yang paling penting GADOH BERSAMA hehe. Member aku cakap cam ni "kalau ko nda pernah annoy dengan bestfriend ko, means he or she is bukan la bestfriend ko sangat, pasal masi ada side yang dia tapuk dari ko." Bergaduh atau argue untuk some issue bukan la benda yang negatif dalam persahabatan. Gaduh atau marah bukan bermakna kita tidak dapat menerima orang tu jadi sebahagian dari hidup kita, tapi lebih kepada ambil berat, yang mana bagi aku itu la masa untuk kita bagi peluang diri masing-masing berbincang, menegur. Tapi memang kita nda dapat lari dari buat silap, dari segi cara menegur atau bagi pendapat. Kita terpaksa gaduh kerana memikirkan kebaikan sahabat. Punca gadoh ialah berbeza pendapat, masing-masing mau defend diri, tapi at last ubat dia ialah 'tolerate' and so the relation can go well and that is why KITA BERBEDA UNTUK SALING MENGISI SEGALA KEKURANGAN KITA~. Sedangkan lidah lagi tergigit hehe... Sahabat Selamanya~

p/s sila klik tajuk lirik tu untuk enjoy video clip lagu Padi - Sahabat Selamanya di Youtube

2 comments:

Comment in tune please~