Wednesday, February 2, 2011

True Temperament Fretting System

Petang semua...


Okay, sekarang aku ialah dalam mood mau bercakap pasal gitar elektrik ataupun dalam bahasa Dusun kena panggil 'Jitar Karan' hehehe. Tapi yang aku mau cakap ni bukan la berkaitan dengan cara main dia. Aku mau berkongsi sedikit knowledge yang sebenarnya aku pun baru jugak tau dari kawan aku pasal evolusi gitar ni.
Kalau yang main gitar ni besanya mesti tau fret kan? Pada setiap fret akan ada besi yang rupa dia macam pencungkil gigi jak di antara fret tu yang dipanggil fretwire. Apa fungsi fretwire ni? Fretwire ni berfungsi sebagai tanda perubahan notasi pada gitar. Kejap ar aku kasi masuk luk itu gambar dia, sebagai rujukan pada yang nda tau la.


fretboard
Fretboard

Gambar di atas ni ialah fretboard. Yang aku bulat berwarna merah tu ialah ‘fretwire’ dan yang kuning tu la kita panggil ‘fret’.
Apa sebenarnya yang aku mau share di sini ialah berkenaan ketepatan bunyi yang dihasilkan oleh gitar. Biasanya lepas kita buat tuning gitar kita dengan ‘tuner’, kita boleh mencapai tune yang almost perfect untuk mengelakkan sound sumbang pada gitar. Untuk pengetahuan bersama, bunyi yang dihasilkan apabila kita mula menekan fretboard kita dengan jari ada sebenarnya sedikit out of tune tau hehe, which is kalau dengan telinga manusia memang susah mau detect sumbang dia. Kenapa? Mungkin sebab kedudukan jari pada fretboard tu lari sikit, atau neck gitar suda twist atau tali suda mati. Hehe, aku sedar ni pun sudah lama sebenarnya, tiap kali aku main gitar aku selalu mau tune Tali 3 iaitu G-string, bukan g-string yang itu2 tu ar… Selalu aku rasa sumbang di tali 3 ni. So aku tanya member aku and dia bagitau yang dia pun rasa macam tu.
Cerita punya cerita dia bagitau aku yang sekarang gitar suda ada evolusi baru, dalam fretting system ni yang dipanggil ‘True Temperament Fretting System’ yang dalam bahasa dusun dia aku nda tau hahaha!! mau tengok system fretting dia? jap ar

true temperament fret
True Temperament Fretting System

Cuba kamu tinguk fretwire dia, lain ni. Nda lurus kan cam fretwire gitar besa. Kenapa nda lurus? Pasal some guitar experts sedar dan mengalami masalah yang sama jugak, sound gitar yang sedikit out of tune. So pakar-pakar ni pun buat guitar intonation (proses untuk setting sound gitar untuk mengelak dari sumbang) untuk figure out capaian note bagi setiap fret untuk setiap tali gitar. Sebab utama fret ni nda lurus ialah setiap fret mempunyai capaian notes nya sendiri, yang mana kalau kita tekan di satu fret dan terlimpas dari capaian itu akan menyebabkan sumbang. Setiap tali berbeza saiz kan? So, begitu juga la capaian nya. Macam yang aku cakap fretwire bertindak sebagai penanda pertukaran note pada gitar, jadi dari situ kita tau suda kenapa nda lurus fretwire gambar di atas, sebab experts suda jumpa capaian bagi setiap tali di gitar tu. Actually, inilah sebenarnya gitaris-gitaris yang suka main solo mau sebab mereka sukakan kesempurnaan. Akhirnya, penemuan ini telah menyelesaikan masalah gitaris.


Untuk bercerita lebih lanjut pasal ni, aku kena rasa sendiri feel main gitar pakai fret jenis ni. Sebab, gitar yang kena jual pun fret dia lurus ja. Apa yang aku tulis di atas tu ialah based on bacaan and some discussion sama member aku. Mungkin ada di kalangan yang membaca entry ini lebih tau, so harap-harap otai-otai gitar ni dapat la perbetulkan apa yang salah dan share pendapat kan dorang kan hehe…


p/s aku mimpi mau jadi soloist macam Yngwie Malsteen, paul Gilbert hehehe!!

No comments:

Post a Comment

Comment in tune please~