Showing posts with label Gitar Hero. Show all posts
Showing posts with label Gitar Hero. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Blues Untuk Cinoi.Com

Tadi aku buka la akaun Youtube aku dan rupanya aku ada upload satu video. Actually, aku dah post video ni dalam entry lama aku. Video ni pasal aku dan member aku Ken tengah mimpi, syok sendiri, berangan mau jadi soloist la konon. Muka ada dalam video kerana si Ken tidak mau dirinya di cetak di mana-mana media cetak mahupun dipaparkan di mana2 media elektronik hehe. Tengok video ni, aku rasa mau ketawa tahap cipan tertelan getah sayur la…


Lepas tengok video, baru la aku sedar aku bermimpi rupanya hehe... Tapi nda pa la, yang penting masi ada sound bunyi gitar kena gulung... Tapi tu la, lick ntah apa apa ntah dipakai sampai Paul Gilbert pun serender sama kami haha. Well, entry kali ni di taja oleh www.cinoi.com  hehe. So miss Cinoi, ko layan~~

p/s sound humbucker tu ken yang main, sound single coil tu aku yang main hehehehe

Wednesday, February 2, 2011

True Temperament Fretting System

Petang semua...


Okay, sekarang aku ialah dalam mood mau bercakap pasal gitar elektrik ataupun dalam bahasa Dusun kena panggil 'Jitar Karan' hehehe. Tapi yang aku mau cakap ni bukan la berkaitan dengan cara main dia. Aku mau berkongsi sedikit knowledge yang sebenarnya aku pun baru jugak tau dari kawan aku pasal evolusi gitar ni.
Kalau yang main gitar ni besanya mesti tau fret kan? Pada setiap fret akan ada besi yang rupa dia macam pencungkil gigi jak di antara fret tu yang dipanggil fretwire. Apa fungsi fretwire ni? Fretwire ni berfungsi sebagai tanda perubahan notasi pada gitar. Kejap ar aku kasi masuk luk itu gambar dia, sebagai rujukan pada yang nda tau la.


fretboard
Fretboard

Gambar di atas ni ialah fretboard. Yang aku bulat berwarna merah tu ialah ‘fretwire’ dan yang kuning tu la kita panggil ‘fret’.
Apa sebenarnya yang aku mau share di sini ialah berkenaan ketepatan bunyi yang dihasilkan oleh gitar. Biasanya lepas kita buat tuning gitar kita dengan ‘tuner’, kita boleh mencapai tune yang almost perfect untuk mengelakkan sound sumbang pada gitar. Untuk pengetahuan bersama, bunyi yang dihasilkan apabila kita mula menekan fretboard kita dengan jari ada sebenarnya sedikit out of tune tau hehe, which is kalau dengan telinga manusia memang susah mau detect sumbang dia. Kenapa? Mungkin sebab kedudukan jari pada fretboard tu lari sikit, atau neck gitar suda twist atau tali suda mati. Hehe, aku sedar ni pun sudah lama sebenarnya, tiap kali aku main gitar aku selalu mau tune Tali 3 iaitu G-string, bukan g-string yang itu2 tu ar… Selalu aku rasa sumbang di tali 3 ni. So aku tanya member aku and dia bagitau yang dia pun rasa macam tu.
Cerita punya cerita dia bagitau aku yang sekarang gitar suda ada evolusi baru, dalam fretting system ni yang dipanggil ‘True Temperament Fretting System’ yang dalam bahasa dusun dia aku nda tau hahaha!! mau tengok system fretting dia? jap ar

true temperament fret
True Temperament Fretting System

Cuba kamu tinguk fretwire dia, lain ni. Nda lurus kan cam fretwire gitar besa. Kenapa nda lurus? Pasal some guitar experts sedar dan mengalami masalah yang sama jugak, sound gitar yang sedikit out of tune. So pakar-pakar ni pun buat guitar intonation (proses untuk setting sound gitar untuk mengelak dari sumbang) untuk figure out capaian note bagi setiap fret untuk setiap tali gitar. Sebab utama fret ni nda lurus ialah setiap fret mempunyai capaian notes nya sendiri, yang mana kalau kita tekan di satu fret dan terlimpas dari capaian itu akan menyebabkan sumbang. Setiap tali berbeza saiz kan? So, begitu juga la capaian nya. Macam yang aku cakap fretwire bertindak sebagai penanda pertukaran note pada gitar, jadi dari situ kita tau suda kenapa nda lurus fretwire gambar di atas, sebab experts suda jumpa capaian bagi setiap tali di gitar tu. Actually, inilah sebenarnya gitaris-gitaris yang suka main solo mau sebab mereka sukakan kesempurnaan. Akhirnya, penemuan ini telah menyelesaikan masalah gitaris.


Untuk bercerita lebih lanjut pasal ni, aku kena rasa sendiri feel main gitar pakai fret jenis ni. Sebab, gitar yang kena jual pun fret dia lurus ja. Apa yang aku tulis di atas tu ialah based on bacaan and some discussion sama member aku. Mungkin ada di kalangan yang membaca entry ini lebih tau, so harap-harap otai-otai gitar ni dapat la perbetulkan apa yang salah dan share pendapat kan dorang kan hehe…


p/s aku mimpi mau jadi soloist macam Yngwie Malsteen, paul Gilbert hehehe!!

Sunday, January 9, 2011

Pink Fender Squire Hello Kitty Guitar

Okay direct to the story I wanna share with you la... Aku surf dan tengok-tengok la gitar... Well, aku memang suka guitar... Pada masa yang sama aku tengok-tengok guitar warna pink ataupun merah jambu lalu terjumpa la imej gitar Fender Squire Hello Kitty... Member aku Cinoi macam berminat mau beli gitar jenis ni.

Okay, aku jumpa dua jenis guitar Fender Squire warna pink yang themes nya ialah character kartun Hello Kitty seperti di bawah ni.






Fender Squire Hello Kitty 1



Fender Squire Hello Kitty 2

Okay to Cinoi, di sini ko ada dua pilihan... Each of them ada kurang and lebih dia...

Fender Squire Hello Kitty 1

Kalau yang ni Noi, aku rekemen habis-habisan la sama ko... Pasal apa? Pasal gitar ni warna pink dan simple hahaha!! Memang la pink... Tp itu bukan sebab utama... Sebab utama aku rekemen ko ni gitar, pasal gitar ni ada full spec la untuk sebuah guitar Fender yang mana fungsi nya sama seperti gitar-gitar Fender Stratocastor biasa... Mungkin nampak biasa-biasa ja ni, tp dia ada neck, middle and bridge pickup, ada Volume and Tone knob yang membolehkan kita memilih tone gitar yang kita mau. Jadi kalau ko beli ni, bisa la aku menumpang sekaki main guitar ni hahaha!! Selector mungkin 5 way, nanti aku review and yang penting ianya warna pink kegilaan ko. Jadi kesimpulannya gitar ni lengkap untuk ko belajar mengenali gitar elektrik... Hehehe a must have ni...

Fender Squire Hello Kitty 2

Kalau priority kita adalah gitar yang cantik, cute and so on, I highly recommend u "Fender Squire Hello Kitty 2" but then mungkin ko mau belajar jugak main guitar tu kan... I tell u, actually gitar ni untuk belajar okay but, the option is kurang. Maksud aku di sini, gitar tu hanya ada Hambucker bridge pick up sahaja, nda ada selector. Oleh itu, this guitar allow to play only 1 treble tone ada volume knob seja. Sesuai untuk main lagu-lagu kakak ko si Avril Lavigne tu la, I mean main rhythm seja. Mungkin Fender suda setting tone gitar ni, hehe kena try dulu la.

So, pilihan ada... Pilihan di tangan anda... Mari la mengundi, undi anda rahsia hahahaha!!(tu dia merapu)




Thursday, October 8, 2009

between 0.008 n 0.01

Wut is that number means? hehe mungkin ada yg tertanya2 la pasal tu, x kurg jgk yg memang dh tau apa aku nak bercerita... aku ni bru jugak kenal alat music yg bernama gitar ni bru setahun jagung, atau mungkin jagung yg x sampai sebulan pun. Ya, semakin aku cuba mengenali gitar, aku semakin x kenal benda ni. Semakin tinggi aku mendaki, semakin jauh puncak destinasi. ini lah dia alat muzik kegemaran aku gitar, unlimited skills as long as u learn to play. aku cuba la mengeksperimen gitar aku, tp bkn la sampai nak modify gitar aku, atau nak wiring padel fx aku jd keeley mod, tu aku x reti lg... aku mula dgn gauge, i mean penggunaan gauge gitar dr segi saiz la. aku dah cuba standard 0.010, 0.009, and 0.008 n aku memang dah terjangkit dgn penyakit berjangkit yg d bw oleh pakcik aku PAUL GILBERT (pakcik lain atok lain nenek)... dia suka sgt guna gauge besar n aku akui la, memang senang la fast pickin' dgn gauge cam tu pny besar. bru2 ni aku beli la gauge ernie ball 0.008 kira nak try la kot2 dpt main fast pickin'. My goodness memang susah gila babeng la pick string jenis ni, kena pandai kontrol picking otherwise memang lari ar tempoh jawabnya... n aku memang x suka sgt2 gauge jenis tu. penah jugak aku try heavy on bottom light on top, best gak ar string kecik dkt high notes, n string besar kat low notes, so option dah ada, heavy and light, hehe YNGWIE MALMSTEEN style... so after mencuba n trus mencuba aku pun decide utk memilih gauge besar sbg strting gitar pilihan walaupun rasa jari2 ni cam nak patah bila mem'bending' string tu tp aku suka coz bila dah main gauge 0.009, bend 5 6 fret pun xda masalah... next target ibanez with PAFpro dimarzio pickup hehehe... mimpi la ngko JAY!!!



Hanya sekadar melihat gambar saja, hopefully ibanez pgm100 ni made in japan hehe....