Thursday, May 12, 2011

Osama dikebumi di Utara Laut Arab

Tengok title entry pun aku rasa hairan. Kenapa lah jenazah Osama bin Laden di kebumi di laut. Kalau mau tau macammana dia kena kubur, kamu klik URL ni:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Dalam page Utusan Malaysia ni ada sedikit la diorang brief cara dia kena kebumi. Mungkin pada pandangan barat beliau bertanggungjawab ke atas serangan-serangan berbentuk jihad sehingga dilabel sebagai pengganas. Tapi based on apa yang aku baca dan tengok dekat video-video hasil research orang, ramai yang mempertikaikan kebenaran tentang serangan pada 11 September di Amerika Syarikat yang telah merebahkan World Trade Centre. Tidak kurang juga yang bagi pendapat bahawa kejadian tersebut telah dirancang oleh orang "dalam". Kamu search jak di google pasal ni, ada macam-macam tu.

Sampai sekarang orang "dalam" yang aku maksudkan tu belum lagi dapat bukti kukuh pasal penglibatan Osama dalam serangan 11/9 tu. Kalau ada pun aku nda percaya. Macam sejarah penjelajahan Neil Amstrong menjejakkan kaki  ke bulan pun ramai yang pertikaikan kebenaran dia, atau bahasa kasarnya diorang banyak menipu la. Apa lagi setakat prepare bahan bukti penglibatan Osama dalam serangan 11/9 tu, macam tiada bah tu sama diorang.

Yang ni kali pulak pasal mau kebumikan jenazah Osama bin Laden. Bagi aku nda ngam la diorang kebumi di laut, macam telampau hina pulak dia. Cukup-cukup la diorang kasi mati dia, Kubur biar la family dia yang atur. Ini yang mengatur PEGAWAI TENTERA AS, huhu memang nda ngam la. Yang baca doa diorang jugak. Siapa diorang? Orang Amerika. Memang nda ngam. Kan Islam ada tertib sendiri untuk menguruskan jenazah. Macammana pun dia ganas, kena juga sembahyangkan jenazah dia.

Ini pendapat aku ja la. Based on apa yang aku baca. Wallahua'lam.