Wednesday, April 18, 2012

Mari Berangan Sebelum membeli Barangan…

 

 

Ibanez FRM100tr

Ibanez Fireman FRM100tr

stubby

Dunlop Stubby Guitar Pick

 

Fender Frontman 25r

Fender Frontman 25R

 

Digitech Hot Rod Distortion and bad monkey overdrive

Digitech Hot Rod Rock Distortion & Digitech Bad Monkey Tube Overdrive

 

mxr phaser 90 tc electronic corona chorus boss compressor sustainer cs3

MXR Phase 90, tc electronic Corona Chorus & BOSS Compression Sustainer CS-3

 

MemoryMan electro harmonix delay ibanez AF2 paulgilbert

Electro-Harmonix Deluxe Memory Man & Ibanez Airplane Flanger AF2

 

Dunlop Cry Baby Wah Pedal

Dunlop Cry Baby Wah Pedal

 

MKS power pad

MKS Power PAD 2 Pedal Pad

Thursday, March 15, 2012

Bila Kalah, Siapa Salah? Coachkah? Atau Pemainkah?




   VS    



Pukul 7.00 malam semalam telah berlangsung perlawanan terakhir bolasepak Kelayakan Olimpik 2012 London  bagi pasukan Malaysia yang cuba untuk sekurang-kurang mengikat Syria sekaligus mendapatkan 1 mata di King Abdullah International Stadium, Jordan sebagai penyelamat maruah negara akibat kekalahan 5 kali berturut-turut sepanjang kempen kelayakan tersebut. Namun apa yang diharapkan tidak tercapai apabila pasukan Syria berjaya meledakkan 3 gol tanpa balas. Sebagai penyokong skuad Harimau Muda, ramai yang agak kecewa dengan keputusan tersebut. Hakikatnya pasukan kita belum mantap untuk memberi saingan kepada pasukan seperti Syria.

Kekalahan Harimau Muda sebenarnya memang dalam jangkaan, apatah lagi bermain di tempat lawan. Tekanan membawa harapan rakyat Malaysia itu bertambah apabila pada minit ke 54, Mohd Fadhli Mohd Shas dilayangkan kad merah akibat mengasari pemain Syria. Ramai yang mengkritik percaturan Ong Kim Swee yang menyebabkan kekalahan pasukan Malaysia, tidak kurang juga ada di kalangan penyokong yang mahu Ong Kim Swee dipecat.

Secara peribadi, saya tidak bersetuju sekiranya Ong Kim Swee dipersalahkan kerana beliau bukan pemain yang berada di atas padang untuk menterjemah percaturan yang telah diatur. Dalam sebuah pasukan ada 11 orang pemain yang bertanggungjawab menjadikan strategi yang diatur direalisasikan. Persoalannya, berapa peratuskah kebarangkalian untuk pemain dapat melaksanakan percaturan yang telah diatur oleh jurulatih? Adakah percaturan tersebut mudah diterjemah di atas padang? Perlu diingat, tidak semua perancangan menjadi kerana pihak lawan juga mempunyai taktik mereka sendiri untuk mengalahkan lawan sekaligus merencat keberkesanan strategi yang telah diatur oleh jurulatih. Oleh itu, skil individu dan kebolehan pemain amat diperlukan untuk sekurang-kurangnya menyeimbangkan perlawanan sebelum jurulatih menukar strategi baru setelah mengenalpasti kelemahan formasi yang digunakan.

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah, strategi dan percaturan jurulatih sebenarnya baik untuk pasukan dan percaturan itu hanya dapat diterjemah oleh pemain-pemain yang berkebolehan selain mempunyai sistem pengurusan dan fasiliti yang lengkap. Hanya pendapat...

p/s Orang dalam urustadbir FAM kena tukar-tukar juga, supaya wujud dasar yang pelbagai. Kalau tidak, macam tu la team Malaysia kita hehe... Malaysia boleh ja la sampai bila-bila.

Tuesday, July 5, 2011

Projek Pistol in KK

Aku sangat suka dengan gigs dan aku rasa jiwa ini aku bawa sampai tua hehe. Aku suka muzik, tidak kira la muzik apa pun. Idea di mana-mana pun ada dalam muzik. How eager I am to attend the tour lepas member aku cakap that Projek Pistol, band yang aku rasa di’form’ oleh Edrie Hashim akan perform di KK on 1st of July 2011. Aku pun dengan yakin hadir sebab mau tengok otai gitar Malaysia ni perform bersama drummer dorang Pa’e, bassist Zham dan vocalist Boy Cliff of dover.

2011-07-02 00.56.312011-07-02 00.56.48

Some of the photos taken during the show

Edrie Hashim ni antara guitarist Malaysia yang aku respect dan tabik spring jugak la beside Sham Kamikaze dan yang lain-lain. Kalau international guitarist ni banyak la jugak yang aku minat, mau list down penuh jugak entry ni. Tapi reference aku yang paling dirujuk (ayat apa ni??) ialah mr Paul Gilbert. Tapi entry ni bukan pasal Paul Gilbert, tapi pasal Projek Pistol dan Edrie Hashim.

Lepas tengok brader Edrie ni menumis sedap gitar karan Peavey Wolfgang kaler putih dia ni, I start to impress la dengan dia. Dia main gitar pun feel habis~~ and the potential of error hampir 0%. Memang pro la brader ni. Fast lick dia pun clean and clear, detail dan kemas. Rock discipline dia tahap Ultraman mem’fire’ dinosaur la. Lensa kamera pinjam aku pun asyik zoom in brader Edrie. Puncanya aku suka guitar very much, apatah lagi setelah melihat cara dia main + maple fretboard huhuhu. Pa’e juga buat drum solo dengan bunyi double padel dia yang consistent gila-gila. Ada jugak rupanya drummer Tawau yang hampir-hampir setaraf Mike Portnoy hehehe… Zham pun cool and friendly, vocalist penuh kharisma on stage.

Apapun, Projek Pistol ni pada mata aku sebuah band yang complete. Harap-harap band ni tidak berpecah dan keep on rocking sampai legend. Mungkin ada cerita lebih menarik lagi pasal ni di cinoi.com, so cekidau di sana la.

Ouraida!!!

Friday, June 24, 2011

try saje...

Untuk tujuan menyemakkan lagi blog aku.. Saja ja update blog ni, just mau test ni software Blogger-droid. Kita tengok hasilnya.. Ouraida!!!
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, June 17, 2011

Blues Untuk Cinoi.Com

Tadi aku buka la akaun Youtube aku dan rupanya aku ada upload satu video. Actually, aku dah post video ni dalam entry lama aku. Video ni pasal aku dan member aku Ken tengah mimpi, syok sendiri, berangan mau jadi soloist la konon. Muka ada dalam video kerana si Ken tidak mau dirinya di cetak di mana-mana media cetak mahupun dipaparkan di mana2 media elektronik hehe. Tengok video ni, aku rasa mau ketawa tahap cipan tertelan getah sayur la…


Lepas tengok video, baru la aku sedar aku bermimpi rupanya hehe... Tapi nda pa la, yang penting masi ada sound bunyi gitar kena gulung... Tapi tu la, lick ntah apa apa ntah dipakai sampai Paul Gilbert pun serender sama kami haha. Well, entry kali ni di taja oleh www.cinoi.com  hehe. So miss Cinoi, ko layan~~

p/s sound humbucker tu ken yang main, sound single coil tu aku yang main hehehehe

Monday, June 13, 2011

Aku Ada Blog Rupanya

Eh eh, ya la~~~ aku ada blog rupanya... Memangrajin la aku update... byee...

Thursday, May 12, 2011

Osama dikebumi di Utara Laut Arab

Tengok title entry pun aku rasa hairan. Kenapa lah jenazah Osama bin Laden di kebumi di laut. Kalau mau tau macammana dia kena kubur, kamu klik URL ni:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Dalam page Utusan Malaysia ni ada sedikit la diorang brief cara dia kena kebumi. Mungkin pada pandangan barat beliau bertanggungjawab ke atas serangan-serangan berbentuk jihad sehingga dilabel sebagai pengganas. Tapi based on apa yang aku baca dan tengok dekat video-video hasil research orang, ramai yang mempertikaikan kebenaran tentang serangan pada 11 September di Amerika Syarikat yang telah merebahkan World Trade Centre. Tidak kurang juga yang bagi pendapat bahawa kejadian tersebut telah dirancang oleh orang "dalam". Kamu search jak di google pasal ni, ada macam-macam tu.

Sampai sekarang orang "dalam" yang aku maksudkan tu belum lagi dapat bukti kukuh pasal penglibatan Osama dalam serangan 11/9 tu. Kalau ada pun aku nda percaya. Macam sejarah penjelajahan Neil Amstrong menjejakkan kaki  ke bulan pun ramai yang pertikaikan kebenaran dia, atau bahasa kasarnya diorang banyak menipu la. Apa lagi setakat prepare bahan bukti penglibatan Osama dalam serangan 11/9 tu, macam tiada bah tu sama diorang.

Yang ni kali pulak pasal mau kebumikan jenazah Osama bin Laden. Bagi aku nda ngam la diorang kebumi di laut, macam telampau hina pulak dia. Cukup-cukup la diorang kasi mati dia, Kubur biar la family dia yang atur. Ini yang mengatur PEGAWAI TENTERA AS, huhu memang nda ngam la. Yang baca doa diorang jugak. Siapa diorang? Orang Amerika. Memang nda ngam. Kan Islam ada tertib sendiri untuk menguruskan jenazah. Macammana pun dia ganas, kena juga sembahyangkan jenazah dia.

Ini pendapat aku ja la. Based on apa yang aku baca. Wallahua'lam.